Sunday 9 July 2017

ya Allah

Abahhhhhh dah balikkkkk!


Ya Allah rindunya!!!!
Abah pergi mana, lamanya hilang!



Abah hanya tersenyum, tanpa sepatah kata.









Tapi,


Bahagia aku sekejap je, mati mati aku ingat itu real,
rupanyaa mimpi.


Terseyum senyum aku bangun dari tidur. Semalam aku mimpi arwah abah balik!!!!! balik kali ni bukan yang biasa biasa. Aku seolah olah diberitahu, abah di hidupkan balik untuk sementara waktu, hanya untuk hidup sekejap dengan keluarga kami. Masa tu aku dah tekad, perkara perkara dulu yang aku tak penah buat untuk abah, aku nak buat kali ni!! aku nak balas balik apa yang sepatutnya. Dalam mimpi tu abah nampak muda :') dalam aku berniat macam tu aku sempat lagi berfikir, abah aku kan dah meninggal, nanti orang akan kata apa pulak.
argggghhhh biar lantak orang nak kata apa, aku rindu abah aku dan sekarang abah dah ada depan mata!

Bahagia aku masa tu lain betul!



Abah, Dayah rindu

Thursday 6 July 2017

aku ada lagi lahh..

ya Allah lamanya aku tinggalkan blog! last post 2013, sekarang dah tahun 2017!! punca aku dah tak berblog mungkin sebab lepas abah meninggal, aku macam malas ke tak dak idea dah nak tulis apa.

Hujung tahun lepas, alhamdulillah tamat dah pengajian ijazah aku yang sememangnya tak cemerlang langsunggg!! tah apa yang aku buat 3 tahun tu tahhh, haihhhh. memamg betul betul aku just go with the flow. Harap je amik Culinary Arts, masak satu haram aku tak tahu, malu betul!!



penat

kau tahu penat tak jadi badut ? buat lawak bodoh tah apa apa, semata-mata nak bagi orang sekeliling rasa selesa dengan kau. contohnya macam dalam whatsapp group lah kan, kau cuba nak respond untuk setiap conversation, tapi end up orang tak layan pun kau. kau try buat something yang funny but instead jadi orang bodoh je sebenarnya semata mata nak bg orang terhibur, hahaha, shame on you lahhh!!

benda ni sebenarnya tak jadi dalam whatsapp group je, banyak kali aku kena on personal message pun. kau semangat create some message yang funny and excited, tapi tak di layannn. fuhh rasa dia aku cakap kau, kecewa kau tahu!! even benda ni nampak macam tah apa apa, tapi tah pada aku kau kejammmm!! aku rasa macam kau ni kerek betul!! why you so serious ha dude?


huh,
aku dah penat hoi jadi badut!!

Wednesday 10 April 2013

* sedar

Sesungguhnya ,
kenangan itu bisa wujud tiap detik .
Walau hanya sebesar kuman ,
pasti ! pasti akan dikenang !

Cuma sayang ,
berjuta kali sayang ,
detik indah itu
hanya dikenang setelah kehilangan .

Lalu kerinduan mendalam menyusup perlahan
perlahan lahan membaluti sang hati yang sendirian.

Ya ,
pastinya sunyi tanpa teman yang biasa.

Maka itu ,
Kesedaran hidup bersendirian mula menjadi pilihan .
Bukan mahu menjauhkan diri,
apatah lagi terasa hati.

Tapi ,
kerna tersedar ,
bila mati kelak ,
sendirian juga bukan ?

Monday 25 March 2013

* atas nama cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Saratkan hati ini
Dengan cinta hakiki
Sehingga kurasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta- Nya

Saturday 23 March 2013

* ternak

tak perlu .
untuk apa ?

agar titik hitam dalam jiwa kau itu membiak ?
sampai kapan proses pembiakkan itu harus jumpa jalan buntunya ?


buang saja !!
lempar jauh jauh ,

hingga kau tak bisa kutip itu lagi .


bukan rugi hasilnya nanti ,
malahan keberuntungan berganda milik kau sepenuhnya .

sungguh sungguh aku cerita ni.

haaa !!
yang ITU nanti kau bisa ternak .
permudahkan saja tugas malaikat Raqib dan Atid
biarkan proses pembiakkan itu hingga ketemu sama  malaikat Izrail .




Friday 8 March 2013

* cinta

Rasa itu ,
Kau tak punya ,
Bila hati kau mahu ,
Tapi sipemilik satu lagi itu ,
Tak punya rasa yang sama seperti kau ,



Kau tentunya hampa bukan ?

Aku tahu itu .