takat mana ?
nilai kau pada dia ..
masa kau senang ,
mendongak setinggi langit
nilai kau pada dia.
lebih tinggi kukira
jika sang poket kau tebal .
apa cerita pula ya
jika kau punya masalah ?
kukira nilai kau ..
........
turun sahamnya...
ya sehina yang bisa .
sehina hingga dia ,
bisa besorak ,
dan tertawa , ha ha ha ...
ah itu belum dikira
jika poket kau nipis ..
kau menyapanya ..
dia menoleh ,
kerana apa ?
di fikir dia cukup popular ..
sana sini ,
kenal siapa dia ..
bila dilihat kau .
dahinya outomatika berkeruti ,
kerana apa ?
dia malu ,
punya kawan seperti kau .
lantas mengayun langkah ..
dengan seangkuh yang bisa ..
kiri kanan ,
pemujanya mengelilingi ..
ya , saham mereka sama taraf ..
cukup hebat dirasakan ketika itu ..
kau lupa kawan ..
masa kau payah..
bahu jijik ini ,
yang kini kau hina!
yang sudi ,
menjadi alas air mata plastik kau itu ..
aku tak minta setinggi langit ,
untuk kau hargai aku ,,
cukup sekadar tinggi yang sedang sedang saja ..
kau tahu aku gayat bukan ?
jika manusia dijunjung ,
waima ke langit ketujuh sekali pun ,
disana nanti ..
semuanya sama saja ,
baik yang punya pangkat ,
darjat tertinggi di dunia sekalipun ..
ditolak ketepi .
menjadi pengemis ,
merayu rayu ,
menyesal tak sudah ..
mahu pergi mana ?
kau sudah terlambat ..
nah , sekarang ..
rasa...
No comments:
Post a Comment